Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest news

Manage PermissionsManage Permissions

SIARAN AKHBAR KEMALANGAN BOT PENUMPANG 27HB SEPTEMBER 2018

Khamis, 27 September 2018 - Pihak "Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam"
(MPABD) dengan ini mengesahkan satu kejadian kemalangan pelanggaran bot telah berlaku di
kawasan simpang tiga Sungai Limpaku berdekatan dengan Limbang diantara sebuah Bot
Penumpang Negara Brunei Darussalam yang membawa 20 orang penumpang dengan sebuah
perahu penambang dari Limbang dengan penumpang seramai 6 orang.

Kemalangan berlaku sekitar jam 2.00 petang ketika bot penumpang Brunei sedang dalam
perjalanan dari Bangar, Temburong menuju ke Bandar Seri Begawan. Kemalangan telah
mengakibatkan dua orang penumpang dari Negara ini meninggal dunia dan seorang lagi
mengalami cedera parah. Dua orang mangsa warganegara malaysia yang dilaporkan hilang telah
di temui pada kira-kira jam 5.40 petang dan disahkan meninggal dunia. Operasi mencari dan
menyelamat telah di berhentikan kira-kira jam 06:00 petang.
Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak-pihak berkuasa yang berkenaan


Attachments