Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest news

Manage PermissionsManage Permissions

KEROSAKAN PONTOON TERMINAL JETI PERAHU DAN PENUMPANG DAERAH TEMBURONG

TEMBURONG, Isnin, 08 Oktober 2018 – Pihak Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD) dengan ini memaklumkan bahawa sebahagian daripada Jeti Terminal Perahu dan Penumpang Bangar, Daerah Temburong akan ditutup buat sementara sehingga kerja-kerja pembaikan ke atas pontoon Jeti tersebut selesai dijalankan. Walaubagaimanapun, para pengguna masih boleh menggunakan Jeti Terminal Perahu dan Penumpang Bangar, Daerah Temburong untuk penurunan dan penaikan penumpang. 

Sehubungan dengan itu, orang awam terutama sekali para pengguna yang menggunakan perkhidmatan bot-bot penumpang perjalanan Bandar Seri Begawan-Bangar-Bandar Seri Begawan adalah dinasihatkan untuk mematuhi arahan yang diberikan bagi sama-sama menjaga kesejahteraan dan keselamatan bersama. 

Di kesempatan ini, pihak MPABD ingin memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh para pengguna semasa kerja-kerja pembaikan dijalankan. Untuk keterangan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Ketua Unit Terminal Jeti Penumpang Bangar, Daerah Temburong, Ali Bakhtiar bin Haji Awang, di talian +673-5220031
Pada masa yang sama, pihak MPABD ingin mengingatkan kepada para pengguna bot-bot penumpang untuk sentiasa memakai jaket keselamatan disepanjang perjalanan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. 




Attachments