Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Doa Kesyukuran Sempena Penubuhan Pihak Berkuasa Maritim Dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam Diselajurkan Dengan Sambutan Hari Maritim Sedunia 2017

​Khamis 7 Muharram 1439/28 September 2017

Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, mulai hari ini 28 September 2017, Jabatan Laut dan Jabatan Pelabuhan-Pelabuhan kini digabungkan menjadi Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam (PBMP).

PBMP ditubuhkan sebagai badan berkuasa yang mengawalselia dan bertanggungjawab keatas pengurusan, pentadbiran dan keselamatan hal ehwal pelabuhan dan perkapalan di Negara ini.  Penubuhan PBMP ini juga akan memperjelaskan lagi pengkhususan pembahagian fungsi pengawalseliaan (regulatory) dan fungsi penyediaan perkhidmatan (service provider function) yang sekaligus akan membolehkan perkembangan sektor pelabuhan dan perkapalan yang lebih terancang, terarah dan teratur.

Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam (PBMP) dengan ini juga memaklumkan bahawa pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Baginda telah memperkenankan keahlian Lembaga Pengarah bagi Pihak Berkuasa tersebut bagi jangkamasa tiga (3) tahun mulai 29 September 2017.

Lembaga Pengarah PBMP dipengerusikan oleh Yang Mulia Haji Azhar bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan.  Ahli-ahli PBMP adalah terdiri daripada:-

    Yang Mulia Dayang Norliah binti Haji Kula, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan;
    Yang Mulia Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei;
    Mr John Cook, Pengarah Urusan, Brunei Gas Carriers Sendirian Berhad;
    Yang Mulia Awang Haji Osman bin Haji Jair, Pengarah Urusan Insurans Islam TAIB Sendirian Berhad;
    Yang Mulia Kapten Embran bin Haji Momin, Pakar Perunding Maritim dan Pilotage; dan
    Yang Mulia Dayang Norismizan binti Haji Ismail, Penasihat Undang-Undang Kanan, Pejabat Peguam Negara.

Sehubungan itu, satu Majlis Doa Kesyukuran sempena penubuhan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam (PBMP) diadakan pada hari ini bertempat di Masjid Setia Ali, Kg Sabun Muara.  Aturcara majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Zuhor berjemaah diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat dan diteruskan dengan bacaan Surah Yaasin dan tahlil.

Tetamu Kehormat dimajlis tersebut ialah Yang Mulia Laksmana Pertama Pg Dato Seri Pahlawan Nurazmi bin Pg Hj Mohammad, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei selaku wakil Yang Mulia Haji Azhar bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan (Pengerusi PBMP).  Turut hadir ialah Yang Berhormat Pg Haji Mohamed bin Pg Haji Osman, Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Yang Mulia Dr Haji Supry bin Haji Ag Ladi, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap,` Kementerian Perhubungan; Yang Mulia Hajah Airah binti Haji Abdullah, Ketua Eksekutif (Interim) PBMP; Ahli-Ahli Lembaga PBMP; Ketua-Ketua Bahagian, Pengarah-Pengarah serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Perhubungan, Jabatan-Jabatan dibawahnya serta Pegawai dan Kakitangan dari Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan dan jemputan khas dari komuniti Maritim dan Pelabuhan.

Majlis pada petang ini diselajurkan dengan sambutan Hari Maritim Sedunia 2017.  Dengan bertemakan "Connecting Ships, Ports and People", sambutan Hari Maritim Sedunia 2017 ini memfokuskan kepada penglibatan beberapa sektor yang terlibat dalam industri perkapalan dan logistik.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut, ibu pejabat PBMP boleh dihubungi di talian +6732770222 atau e-mel info@mpa.gov.bn.


Attachments