Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

International Maritime Organisation (IMO) Member States Audit Scheme (IMSAS) On Brunei Darussalam

7 Syaaban 1439H bersamaan 23 April 2018M
DEWAN AL-FATH, BANGUNAN IBU PEJABAT, 
PIHAK BERKUASA MARITIM DAN PELABUHAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SIARAN AKHBAR

Isnin, 07 Syaaban 1439H bersamaan 23 April 2018M – Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam hari ini telah mengadakan Mesyuarat Pembukaan bagi “International Maritime Organisation (IMO) Member States Audit Scheme (IMSAS)”  bertempat di Dewan Al-Fath, Bangunan Ibu Pejabat Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam di Muara. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat di acara tersebut ialah Haji Azhar bin Haji Ahmad,  Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan. Mesyuarat Pembukaan ini juga dihadiri oleh Juruaudit-Juruaudit yang telah dilantik oleh pihak Pertubuhan Maritim Antarabangsa, perwakilan dari Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan yang terlibat serta Pegawai dan Kakitangan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam. 

Negara Brunei Darussalam telah menjadi ahli kepada Pertubuhan Maritim Antarabangsa sejak tahun 1984 dan sejak itu telah mensahkan sebanyak 9 konvensyen, diantaranya ialah Konvensyen Antarabangsa untuk Keselamatan di Laut (International Convention for Safey of Life at Sea) dan Konvensyen Antarabangsa untuk Pencegahan Pencemaran dari Kapal (International Convention for the Prevention of Pollution from Ships). 

IMO Member State Audit Scheme (IMSAS) ini merupakan skim audit yang telah dijadikan mandatori ke atas setiap negara-negara ahli kepada Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) bermula 1hb Januari 2016. Sehingga penghujung tahun 2017, sebanyak 39 negara ahli kepada Pertubuhan tersebut telah menjalani skim audit ini. Skim audit ini merupakan inisiatif Pertubuhan Maritim Antarabangsa dalam menentukan sejauh mana negara-negara ahli telah melaksanakan kewajiban serta tanggungjawab yang terangkum di dalam konvensyen-konvensyen Pertubuhan tersebut. 

Audit ke atas Negara Brunei Darussalam ini akan berlangsung selama 8 hari sehingga 30hb April 2018. Audit ini akan memberikan tahap penilaian ke atas keberkesanan Negara Brunei Darussalam dalam mentadbir, melaksanakan dan menguatkuasakan instrumen-instrumen mandatori yang terangkum di bawah skim audit ini.  Sebanyak 8 instrumen-instrumen mandatori terkandung di bawah skim audit ini iaitu The International Convention for the Safety of Life at Sea, 1974, as amended; The International Convention for the Prevention of Pollution from Ships, 1973, as modified by the Protocol of 1978 relating thereto, as amended; The Protocol of 1997 to amend the International Convention for the Prevention of Pollution from Ships, as modified by the Protocol of 1978 relating thereto; The International Convention on Standards of Training, Certification and Watchkeeping for Seafarers, as amended; The International Convention on Load Lines, 1966; The Protocol of 1988 relating to the International Convention on Load Lines, 1966; The International Convention on Tonnage Measurement of Ships, 1969; dan The Convention on the International Regulations for Preventing Collisions at Sea, 1972, as amended. 

Diakhir audit ini, negara ahli akan diberikan hasil penilaian audit yang dilaksanakan dan melalui penilaian tersebut ianya dihasratkan akan dapat membantu negara ahli dalam menambahbaik tahap pentadbiran, perlaksanaan dan penguatkuasaan instrumen-instrumen mandatori. Hasil penilaian audit ini bertujuan untuk membantu negara ahli dalam meningkatkan keupayaan dan prestasi secara menyeluruh dalam melaksanakan konvensyen-konvensyen Pertubuhan Maritim Antarabangsa lainnya. Hasil penilaian tersebut juga dihasratkan dalam membantu negara ahli menjaga kepentingan keselamatan sektor maritim, membantu penambahbaikan dan pemeliharaan alam sekitar maritim secara keseluruhan.  


Disediakan oleh:
Bahagian Kepentingan Strategik Maritim
Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan
Negara Brunei Darussalam
Attachments