Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions

SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN PERTAMA PENUBUHAN MARITIME AND PORT AUTHORITY OF BRUNEI DARUSSALAM (MPABD) DAN SAMBUTAN HARI MARITIM SEDUNIA 2018

SIARAN AKHBAR

SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN PERTAMA PENUBUHAN MARITIME AND PORT AUTHORITY OF BRUNEI DARUSSALAM (MPABD) DAN

SAMBUTAN HARI MARITIM SEDUNIA 2018

Masjid Kampong Lambak, Berakas
Hari Sabtu, 19 Muharram 1440H / 29 September 2018M

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 29 September – Pada 28 September 2018, genaplah usia setahun penubuhan Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD) sebagai sebuah badan berkanun yang mengawalselia dan bertanggungjawab keatas pengurusan, pentadbiran dan keselamatan hal ehwal maritim dan pelabuhan di Negara Brunei Darussalam. Dengan tertubuhnya MPABD, ianya telah memperjelaskan lagi pembahagian fungsi diantara pengawalseliaan (regulatory) dan penyediaan perkhidmatan (service provider). Bersempena dengan sambutan ini, juga diselajurkan dengan Sambutan Hari Maritim Sedunia 2018 dengan tema IMO 70: Our Heritage – Better Shipping for a Better Future. Antara lain, tema tahun ini memfokuskan kepada kerja-kerja Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) dalam dalam tempoh 70 tahun dari aspek pengubalan Konvensyen Perkapalan Antarabangsa dalam usaha untuk menjadikan kapal-kapal dagang pada masa ini lebih selamat, efisyen dan terurus.

Salah satu perkembangan yang dapat dilihat dalam tempoh setahun penubuhan MPABD ialah dengan pengambilalihan operasi dan pengendalian Pelabuhan Muara oleh Syarikat Muara Port Company Sdn Bhd (MPC) sebagai service provider demi untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan meningkatkan lagi jumlah perkapalan dan kargo melalui Pelabuhan Muara.

Sebagai agensi pengawalseliaan, pihak MPABD sedang dan akan mengeluarkan Public Licence – Licence to Operate kepada pengusaha dan pengendali perkhidmatan maritim dan pelabuhan. Dalam tempoh setahun ini juga, pihak MPABD juga akan menyerahkan perkhidmatan kapal penundaan (Tug boat services) dan perkhidmatan pemanduan (Pilotage services) kepada Syarikat Muara Port Company Sdn Bhd MPC dan Syarikat Darussalam Pilotage Services Sdn Bhd (DPS) pada awal bulan Oktober 2018.

Aturcara majlis ini, dimulakan dengan sembahyang hajat berjemaah, doa kesyukuran dan diselajurkan dengan bacaan Ratib Al-Attas yang diadakan di Masjid Kampong Lambak, Berakas. Hadir selaku tetamu Kehormat di Majlis ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Muhammad Yusof. Turut hadir sama ialah Yang Mulia Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Dr. Haji Supry bin Haji Awang Ladi, Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Ketua Eksekutif, Ketua-Ketua Jabatan dan Pengarah-Pengarah di Kementerian Perhubungan, Ahli-ahli Lembaga Pengarah MPABD, Ketua Kampong Lambak A, Pegawai dan Kakitangan MPABD.

Dalam majlis ini, Yang Berhormat Menteri Perhubungan juga berkesudian untuk menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim dan wakaf kepada Pemangku Imam Masjid Yang Mulia Tuan Imam Haji Mohd Ashraf bin Haji Bujang.


Attachments